19/06/2011

Siapa nak David Villa? Chelsea nak x? City?


Barcelona sedang mempertimbangkan untuk menawarkan David Villa kepada Manchester City and Chelsea pada harga £40juta. Ini semata-mata untuk menambah dana sebanyak £91j bagi mendapatkan 3 pemain yang menjadi idaman Barca iaitu pemain Arsenal Cesc Fabregas, ­Alexis Sanchez dari Udinese dan penyerang Villarreal Giuseppe Rossi.

Sumber : mirrorfootball.co.uk

Manchester City telah memberi jalan kepada Carlos Tevez untuk kembali ke Argentina. Bagaimana tu?
Sumber memberitahu bahawa the Blues bersedia berjanji melepaskan ketua pasukannya itu dengan syarat dia memberi komitmen kepada pasukan bagi dua musim akan datang iaitu hingga dia berumur 29 tahun pada 2013.
Mancini amat memerlukan tenaga Tevez untuk membantu City memenangi Juara Liga dan Champion League dalam tempoh tersebut.

Sumber : mirrorfootball.co.uk

18/06/2011

Liverpool kempunan dapatkan Sylvain Marveaux.


Sylvain Marveaux akhirnya pergi ke St James Park selepas dia gagal dalam ujian kesihatan bersama Liverpool. Alan Perdew terus sambar Marveaux selepas mendengar kegagalan ujian tersebut dengan tawaran 5 tahun bersama Newcastle United. Dia akan mula bermain pada 1 Julai ini melalui Bosman free transfer. Pemain ini memberitahu bahawa dia mendapat pangilan sejam selepas mengetahui kegagalan ujian kesihatan tersebut dan terus menerimanya. Katanya “I do not want to go into details, but I did not sign for Liverpool because there was a contractual disagreement between the parties Thursday night”

Sumber : nufc.co.uk

RUMORS : MANCHESTER CITY SEDIA £35J UNTUK DANIELE DE ROSSI


MANCHESTER City tanpa segan silu bagitau yang dia pun nak pemain midfield Roma Daniele De Rossi. Pengurus City Roberto Mancini telah merancang untuk hijack  MU yang bercadang membayar £18j untuk membawa De Rossi ke Old Trafford. Menurut sumber, City sanggup menggandakan tawaran hampir sekali ganda kepada £35j. Pada masa sekarang, MU sangat mengharapkan untuk mendapatkan De Rossi bagi mengisi kekosongan ruang midfield. Fergie dah lama mengidamkan bintang Roma ini hingga sanggup menghantar 2 senior scoutnya semasa perlawanan Roma menentang Napoli yang lalu.

Komen Daddy, dah terlalu ramai pemain bintang yang diusha oleh Fergie tapi kali ini mampu ke dia dapatkan De Rossi. Silap-silap haribulan Chelsea atau Arsenal pula yang akan mencelah.

Sumber : The Daily Star

17/06/2011

RUMORS - MODRIC KE CITY? £30J?


Berapa agaknya bos Tottenham, Harry Redknapp nak jual Luka Modric ni? Chelsea dah hantar offer £22juta tapi dia cakap 'ridiculous offer' dan 'not for sale'. Tapi ada sumber bagitau yang perbincangan peringkat atasan antara Manchester City dengan Spurs hampir mencapai persetujuan dengan nilai hampir £30juta.... Kita tengok je la sape yang dapat dia ni....
 

MODRIC MERRY-GO-ROUND

Kalau Chelsea berjaya dapatkan Luka Modric pada nilai £30juta, Man Utd terpaksa beralih arah untuk dapatkan pemain Inter Milan WESLEY SNEIJDER yang bernilai £25 juta dan dalam masa yang sama berusaha dapatkan SAMIR NASRI .bernilai £12m ...... tapi kena ingat yang Man City juga nak dapatkan SNEIJDER .... Tapi kalau Chelsea tak dapat Modric, sasaran Roman Abramovich seterusnya adalah bintang muda Palermo berusia 21 tahun dari Argentina JAVIER PASTORE yang dikatakan bernilai lebih daripada £45j... walau bagaimanapun, Harry Redknapp juga perlu mengambil langkah selamat dengan mendapatkan pemain West Ham bernilai £4m SCOTT PARKER sekiranya apa-apa berlaku.

Sumber : The Daily Mail

03/06/2011

Arsenal vs Malaysia 13 Julai 2011 Bkt Jalil

Lawatan sambil belajar Arsenal ke Malaysia pasti akan diadakan pada 13 Julai akan datang....Memang betul Arsenal buat lawatan ke Malaysia, yang belajarnya adalah Malaysia. Beruntung tu dapat main dengan player taraf dunia seperti Cesc Febregas, Samir Nasri, Robin ver Persie, Jack Wilshere, Theo Walcott dan ramai lagi. Sedikit info bagi mereka yang berminat menonton perlawanan persahabatan ini di Stadium Bukit Jalil. Harga tiket terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM388, RM108, RM68 dan RM58. Ianya boleh diperolehi dari outlet Nike terpilih seluruh negara sebagaimana di bawah ini. Juga boleh dibeli online melalui(http://www.ticketpro.com.my) atau telepon 03-7880 7999.



Abramovich...tak cukup la..aku nak £44 juta

javier pastore

Chelsea dan Man City perlu membayar £44 juta sekiranya ingin mendapatkan pemain antarabangsa Argentina dan playmaker Palermo Javier Pastore yang berusia 21 tahun. Dia kini menjadi buruan kelab-kelab ternama dunia antaranya Man City, Chelsea dan kelab Spanyol selepas bermain cemerlang bersama kelabnya. Chelsea telah mengemukakan tawaran tetapi ianya tidak mencapai apa yang diharapkan oleh Palermo. Inilah kata-kata President Palermo Maurizio Zamparini berkenaan tawaran Chelsea.

logo
“Chelsea was a club that we had a major offer from for Pastore but it did not reach the minimum figure that we set for a player of his quality” 

“If someone wants to buy Pastore, the price is £44m.

“There are five or six clubs also interested, including Man City and big clubs from Spain and Italy but so far there has been nothing from them.”

Komen Daddy
£44 juta? Star sangat ke dia ni? Cristiano Ronaldo yang dah memang power tu pun cuma £50 juta.. Berbaloi ke dengan £44 juta... Kita lihat je la dapat jual ke x si Javier Pastore ni...

Fakta
Merupakan pemenang Serie A Young Footballer of the Year 2010

Sumber : Cleansheetallround.co.uk