18/06/2011

Liverpool kempunan dapatkan Sylvain Marveaux.


Sylvain Marveaux akhirnya pergi ke St James Park selepas dia gagal dalam ujian kesihatan bersama Liverpool. Alan Perdew terus sambar Marveaux selepas mendengar kegagalan ujian tersebut dengan tawaran 5 tahun bersama Newcastle United. Dia akan mula bermain pada 1 Julai ini melalui Bosman free transfer. Pemain ini memberitahu bahawa dia mendapat pangilan sejam selepas mengetahui kegagalan ujian kesihatan tersebut dan terus menerimanya. Katanya “I do not want to go into details, but I did not sign for Liverpool because there was a contractual disagreement between the parties Thursday night”

Sumber : nufc.co.uk

RUMORS : MANCHESTER CITY SEDIA £35J UNTUK DANIELE DE ROSSI


MANCHESTER City tanpa segan silu bagitau yang dia pun nak pemain midfield Roma Daniele De Rossi. Pengurus City Roberto Mancini telah merancang untuk hijack  MU yang bercadang membayar £18j untuk membawa De Rossi ke Old Trafford. Menurut sumber, City sanggup menggandakan tawaran hampir sekali ganda kepada £35j. Pada masa sekarang, MU sangat mengharapkan untuk mendapatkan De Rossi bagi mengisi kekosongan ruang midfield. Fergie dah lama mengidamkan bintang Roma ini hingga sanggup menghantar 2 senior scoutnya semasa perlawanan Roma menentang Napoli yang lalu.

Komen Daddy, dah terlalu ramai pemain bintang yang diusha oleh Fergie tapi kali ini mampu ke dia dapatkan De Rossi. Silap-silap haribulan Chelsea atau Arsenal pula yang akan mencelah.

Sumber : The Daily Star

17/06/2011

RUMORS - MODRIC KE CITY? £30J?


Berapa agaknya bos Tottenham, Harry Redknapp nak jual Luka Modric ni? Chelsea dah hantar offer £22juta tapi dia cakap 'ridiculous offer' dan 'not for sale'. Tapi ada sumber bagitau yang perbincangan peringkat atasan antara Manchester City dengan Spurs hampir mencapai persetujuan dengan nilai hampir £30juta.... Kita tengok je la sape yang dapat dia ni....
 

MODRIC MERRY-GO-ROUND

Kalau Chelsea berjaya dapatkan Luka Modric pada nilai £30juta, Man Utd terpaksa beralih arah untuk dapatkan pemain Inter Milan WESLEY SNEIJDER yang bernilai £25 juta dan dalam masa yang sama berusaha dapatkan SAMIR NASRI .bernilai £12m ...... tapi kena ingat yang Man City juga nak dapatkan SNEIJDER .... Tapi kalau Chelsea tak dapat Modric, sasaran Roman Abramovich seterusnya adalah bintang muda Palermo berusia 21 tahun dari Argentina JAVIER PASTORE yang dikatakan bernilai lebih daripada £45j... walau bagaimanapun, Harry Redknapp juga perlu mengambil langkah selamat dengan mendapatkan pemain West Ham bernilai £4m SCOTT PARKER sekiranya apa-apa berlaku.

Sumber : The Daily Mail