03/06/2011

Arsenal vs Malaysia 13 Julai 2011 Bkt Jalil

Lawatan sambil belajar Arsenal ke Malaysia pasti akan diadakan pada 13 Julai akan datang....Memang betul Arsenal buat lawatan ke Malaysia, yang belajarnya adalah Malaysia. Beruntung tu dapat main dengan player taraf dunia seperti Cesc Febregas, Samir Nasri, Robin ver Persie, Jack Wilshere, Theo Walcott dan ramai lagi. Sedikit info bagi mereka yang berminat menonton perlawanan persahabatan ini di Stadium Bukit Jalil. Harga tiket terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM388, RM108, RM68 dan RM58. Ianya boleh diperolehi dari outlet Nike terpilih seluruh negara sebagaimana di bawah ini. Juga boleh dibeli online melalui(http://www.ticketpro.com.my) atau telepon 03-7880 7999.



Abramovich...tak cukup la..aku nak £44 juta

javier pastore

Chelsea dan Man City perlu membayar £44 juta sekiranya ingin mendapatkan pemain antarabangsa Argentina dan playmaker Palermo Javier Pastore yang berusia 21 tahun. Dia kini menjadi buruan kelab-kelab ternama dunia antaranya Man City, Chelsea dan kelab Spanyol selepas bermain cemerlang bersama kelabnya. Chelsea telah mengemukakan tawaran tetapi ianya tidak mencapai apa yang diharapkan oleh Palermo. Inilah kata-kata President Palermo Maurizio Zamparini berkenaan tawaran Chelsea.

logo
“Chelsea was a club that we had a major offer from for Pastore but it did not reach the minimum figure that we set for a player of his quality” 

“If someone wants to buy Pastore, the price is £44m.

“There are five or six clubs also interested, including Man City and big clubs from Spain and Italy but so far there has been nothing from them.”

Komen Daddy
£44 juta? Star sangat ke dia ni? Cristiano Ronaldo yang dah memang power tu pun cuma £50 juta.. Berbaloi ke dengan £44 juta... Kita lihat je la dapat jual ke x si Javier Pastore ni...

Fakta
Merupakan pemenang Serie A Young Footballer of the Year 2010

Sumber : Cleansheetallround.co.uk

Van Nistelrooy kembali ke La Liga

MALAGA FC...itulah pilihan Ruud Van Nistelrooy sebelum menggantung but. Van Nistelrooy, 34 merupakan bekas pemain PSV Eindhoven , MU dan Real Madrid menerima tawaran bemain bersama kelab Spanyol dengan kontrak selama setahun. Ini juga menamatkan dan mengecewakan banyak kelab yang juga menagih khidmatnya. Inilah kata-kata Van Nistelrooy selepas menerima tawaran Malaga ini

"Throughout my career I have been with many clubs and have shared a dressing room with world-class players. I feel very proud and happy to be here,"


Rutgerus Johannes Martinus van Nistelrooy / 1 Julau 1976


 
Malaga, sebuah kelab pertengahan yang menamatkan musim 2010/2011 di kedudukan ke 11 La Liga telah diambilalih oleh Abdullah bin Nasser bin Abdullah A Ahmed A Thani, keluarga diraja Qatar dengan harga 36 juta. Beberapa pemain ternama telah menyertai kelab ini sejak diambilalih seperti Julio Baptista dan pemain antarabangsa Argentina Martin Demichelis.


Fakta
Van Nistelrooy telah menyumbat 34 gol untuk negaranya dan bersama 3 kelab utama dunia memenangi kejuaraan liga masing-masing iaitu PSV Eindhoven, Manchester United dan Real Madrid. Dia juga telah menjaringkan 95 gol daripada 137 perlawanan (2001-2006) ketika bersama MU.

Sumber : BBC Sport & footballfashion.com 

Chelsea vs Malaysia XI - Tiket dah mula dijual


Malaysia, Thailand dan Hong Kong....3 Negara menjadi pilihan kelab Chelsea  dalam siri Asia Tour 2011. Chelsea akan bertemu Pilihan Malaysia dan Pilihan Thailand pada 21 dan 24 Julai. Manakala 27 dan 30 Julai pula Chelsea akan bermain di dalam kejohanan Barclay Asia Trophy 2011 yang membabitkan kelab Aston Villa, Blackburn dan juara Liga Hong Kong, Kitchee.

Perlawanan persahabatan Chelsea vs Pilihan Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Tiket telah dijual sejak 20 Mei 2011 di kedai sukan Adidas terpilih di seluruh negara iaitu sebagaimana di bawah:
·   Adidas KLCC SP- Lot 310-311, 3rd Floor, Suria KLCC , Kuala Lumpur City Centre
·   Adidas Pavilion SP - Lot 5.01.01, Level 5, Pavilion KL, 168, Jln Bkt. Bintang
·   Adidas thegarden SP - Lot T-220, 3rd Floor, The Gardens, Midvalley City, Lingkaran Syed Putra
·   Adidas-Empire Subang - Lot UG23 & UG 23A, Upper Ground Floor, Empire Subang Gallery
Setiap pembelian tiket di empat kedai di atas akan menerima Pas Latihan Ekslusif secara percuma iaitu melihat latihan kelab Chelsea berlatih di dalam stadium. Tempat adalah terhad.
Tiket juga boleh diperolehi melalui online bermula pada 30 Mei 2011 melalui Ticketpro (www.ticketpro.com.my), Ticketpro outlet (http://www.ticketpro.com.my/jnp/ticket-outlets/index.html) atau menelefon Ticketpro Hotline (+603 7880 7999).

Harga tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu RM388, RM108, RM68 and RM58.

31/05/2011

Xclusif : Luka Modric tak nak pi mana-mana.....

 

Luka Modric yang menjadi target MU dan Chelsea telah memberitahu bahawa dia akan kekal di White Spurs. Ini perbualan sebelum perlawanan kelayakan Euro 2012 antara Croatia menentang Georgia.

"Everybody wants to know what will happen with me.
I'm trying to stay calm, as my national team has a really important match coming.
So I will tell you the same as always - my club status is the same as it was before.
That doesn't mean that I'm bothered with leaving Tottenham.
I'm not thinking about that every hour and every minute."
I'm happy at White Hart Lane - my status is great, the fans like me and I do have everything I need.
But then again, when you experience playing in the Champions League, you want to keep playing in this tournament."

Komen Daddy
Agak agak ada lagi tak harapan MU dan Chelsea? Rasanya ada sebab Redknapp ada bagitahu kalau tawaran ok..boleh runding lagi....dah macam nak beli sofa rumah pulak

Sumber : BBC.co.uk

Modric..Modric...Bidaan bermula dengan £20 juta. MU? Chelsea?

Sir Alex Ferguson tengah pening kepala selepas final CL Sabtu lepas. Sebab apa? Besar sangat jurang antara MU dengan Barca. Hari ni Ferguson dia sedaya upaya akan memastikan pemain midfield idamannya Luka Modric akan bermain di Old Trafford. Dia akan memulakan tawaran dengan £20 juta. Tapi kena ingat bukan MU sorang je yang minat......Chelsea juga sudah memasang angan-angan untuk dapatkannya. So rasanya Spurs akan tunggu berapa juta Chelsea nak bagi.. Berita daripada MirrorFootball juga memaklumkan Spurs hanya akan melepaskan Modric sekiranya mendapat tawaran antara £20 juta - £25 juta. ...............Kita tunggu je la selepas ini...
 Luka Modric Luka Modric of Spurs is pusued by David Luiz of Chelsea during the Barclays Premier League match between Chelsea and Tottenham Hotspur at Stamford Bridge on April 30, 2011 in London, England.
Luka Modric / 9 Sept 1985 / Croatia / Midfield

Sumber : manutd.com, 7msport.com

Pra Musim : Newcastle juga ke US

Satu lagi kelab juga akan berangkat ke US..tapi pegi lambat sikit and balik awal sikit compare dengan MU. Ianya dikenali sebagai Stateside Tour oleh kelab Newcastle. 3 pelawanan telah diatur melibatkan kelab MLS iaitu Sporting Kansas City, Orlando City dan Colombus Crew.



Sumber : nufc.co.uk

30/05/2011

Pra Musim : MU Tour 2011 ke USA......

Semua liga di Eropah dah menamatkan perlawanan terakhir masing-masing. Juara setiap liga pun dah tau. Kelab mana turun liga pun dah tau...Siapa penjaring terbanyak pun dah tau....So sekarang masa untuk membeli belah bagi mengautkan mana yang lemah...dan ada juga masih belum ada pengurus..so pandai-pandai la mengurus kelab tu....Sekarang ni semua kelab sibuk pi melancong satu dunia..kita mulakan dengan MU dahulu...Pi US..5 perlawanan termasuk repeat final Champion League menentang Barcelona pada 30 Julai nanti.


Sumber : manutd.com

Arsenal Player of the Season 2010/2011

Adalah saya diberi tanggungjawab untuk mengistiharkan bahawa undian telah ditutup bagi memilih Player of the season untuk kelab Arsenal bagi musim 2010/2011. Hasil daripada undian di Arsenal.com...para peminat tanpa berbelah bagi telah memilih......


 Sumber : Arsenal.com

29/05/2011

Spurs, Chelsea @ MU? Siapa pilihan hati Modric....

Kenal Luka Modric? Dia ni player Spurs, main midfield. Sekarang ni menjadi buruan Stamford Bridge dan juga Old Trafford. Kedua-dua kelab ni sanggup naikkan gaji Modric ni sebanyak 3 kali ganda. Banyak tu...Bayangkan sekarang ni dia dapat £45,000 seminggu. musim depan naik gaji kepada £130,000 seminggu. Beza £85,000.... Macam-macam leh beli tu. Selain tu Modric ni juga nak main lagi kat Champions League tapi kalau dengan Spurs lagi, dia tak dapat main sebab Spurs gagal layak pada musim depan.
Pemilik Spurs Daniel Levy terpaksa mengubah struktur gaji di Spurs bagi menggelakkan pemain berusia 25 tahun ini keluar dari White Hart Lane. tetapi mampu ke Spurs tawarkan lebih baik daripada MU dan Chelsea. Dengar ceritanya nilai perpindahan menjangkau £30 juta.
Luka Modric / 9 Sept 1985 / Croatia / Midfield

Komen Daddy...
Pengganti kepada Lampard di Chelsea atau Scholes di MU.... Bayangkan pengaruh dia....

Fakta
Mewakili Croatia pada usia 21 tahun

Sumber : Goal.com

Playmaker Marseille pengganti Arshavin & Rosicky

Seorang lagi pemain yang diminati oleh Arsene Wenger bagi menggantikan tempat Andrey Arshavin atau Tomas Rosicky sekiranya kedua-dua pemain ini melangkah keluar daripada Emirates. Playmaker Olympique Marseille, Mathieu Valbuena. Wenger juga dah mengarahkan barisan scout nya melihat potensi pemain ini. Pemain ini juga menjadi buruan MU.

Mathieu Valbuena / 29 Sept 1984 / Perancis / Midfield

Komen Daddy.....
Seorang lagi pemain antarabangsa Perancis yang mempunyai kelebihan dribbling yang sangat memukau. Arsenal sangat beruntung sekiranya dapat memiliki khidmat dia.

Fakta
Telah mewakili Perancis sebanyak 7 kali dengan menjaringkan 2 gol.

Sumber : tribalfootball.com

Achille Emana menjadi buruan Newcastle


Satu lagi berita yang baru diperolehi.....midfield Real Betis, Achille Emana menjadi buruan kelab EPL antaranya Everton, Tottenham, Birmingham, West Ham, Wigan dan juga Newcastle. Tetapi paling ketara adalah Newcastle yang telah membuat penilaian harga pemain antarabangsa Cameroon tidak melebihi €4.5 juta. Betis pula mengatakan pemain ini mempunyai nilaian lebih tinggi iaitu €7 juta. So berapa harga persetujuan yang diterima oleh Real Betis....





Achille Emana Edzimbi / 5 Jun 1982 / Cameroon / Attacking midfielder

Komen Daddy.....
Semakin ramai la pemain kulit hitam di EPL... semakin tenggalam pemain kulit putih

Fakta
Hampir menyertai kelab EPL, Portsmouth tetapi gagal disebab dia gagal mendapat permit kerja.