19/06/2011

Siapa nak David Villa? Chelsea nak x? City?


Barcelona sedang mempertimbangkan untuk menawarkan David Villa kepada Manchester City and Chelsea pada harga £40juta. Ini semata-mata untuk menambah dana sebanyak £91j bagi mendapatkan 3 pemain yang menjadi idaman Barca iaitu pemain Arsenal Cesc Fabregas, ­Alexis Sanchez dari Udinese dan penyerang Villarreal Giuseppe Rossi.

Sumber : mirrorfootball.co.uk

Manchester City telah memberi jalan kepada Carlos Tevez untuk kembali ke Argentina. Bagaimana tu?
Sumber memberitahu bahawa the Blues bersedia berjanji melepaskan ketua pasukannya itu dengan syarat dia memberi komitmen kepada pasukan bagi dua musim akan datang iaitu hingga dia berumur 29 tahun pada 2013.
Mancini amat memerlukan tenaga Tevez untuk membantu City memenangi Juara Liga dan Champion League dalam tempoh tersebut.

Sumber : mirrorfootball.co.uk

18/06/2011

Liverpool kempunan dapatkan Sylvain Marveaux.


Sylvain Marveaux akhirnya pergi ke St James Park selepas dia gagal dalam ujian kesihatan bersama Liverpool. Alan Perdew terus sambar Marveaux selepas mendengar kegagalan ujian tersebut dengan tawaran 5 tahun bersama Newcastle United. Dia akan mula bermain pada 1 Julai ini melalui Bosman free transfer. Pemain ini memberitahu bahawa dia mendapat pangilan sejam selepas mengetahui kegagalan ujian kesihatan tersebut dan terus menerimanya. Katanya “I do not want to go into details, but I did not sign for Liverpool because there was a contractual disagreement between the parties Thursday night”

Sumber : nufc.co.uk

RUMORS : MANCHESTER CITY SEDIA £35J UNTUK DANIELE DE ROSSI


MANCHESTER City tanpa segan silu bagitau yang dia pun nak pemain midfield Roma Daniele De Rossi. Pengurus City Roberto Mancini telah merancang untuk hijack  MU yang bercadang membayar £18j untuk membawa De Rossi ke Old Trafford. Menurut sumber, City sanggup menggandakan tawaran hampir sekali ganda kepada £35j. Pada masa sekarang, MU sangat mengharapkan untuk mendapatkan De Rossi bagi mengisi kekosongan ruang midfield. Fergie dah lama mengidamkan bintang Roma ini hingga sanggup menghantar 2 senior scoutnya semasa perlawanan Roma menentang Napoli yang lalu.

Komen Daddy, dah terlalu ramai pemain bintang yang diusha oleh Fergie tapi kali ini mampu ke dia dapatkan De Rossi. Silap-silap haribulan Chelsea atau Arsenal pula yang akan mencelah.

Sumber : The Daily Star

17/06/2011

RUMORS - MODRIC KE CITY? £30J?


Berapa agaknya bos Tottenham, Harry Redknapp nak jual Luka Modric ni? Chelsea dah hantar offer £22juta tapi dia cakap 'ridiculous offer' dan 'not for sale'. Tapi ada sumber bagitau yang perbincangan peringkat atasan antara Manchester City dengan Spurs hampir mencapai persetujuan dengan nilai hampir £30juta.... Kita tengok je la sape yang dapat dia ni....
 

MODRIC MERRY-GO-ROUND

Kalau Chelsea berjaya dapatkan Luka Modric pada nilai £30juta, Man Utd terpaksa beralih arah untuk dapatkan pemain Inter Milan WESLEY SNEIJDER yang bernilai £25 juta dan dalam masa yang sama berusaha dapatkan SAMIR NASRI .bernilai £12m ...... tapi kena ingat yang Man City juga nak dapatkan SNEIJDER .... Tapi kalau Chelsea tak dapat Modric, sasaran Roman Abramovich seterusnya adalah bintang muda Palermo berusia 21 tahun dari Argentina JAVIER PASTORE yang dikatakan bernilai lebih daripada £45j... walau bagaimanapun, Harry Redknapp juga perlu mengambil langkah selamat dengan mendapatkan pemain West Ham bernilai £4m SCOTT PARKER sekiranya apa-apa berlaku.

Sumber : The Daily Mail

03/06/2011

Arsenal vs Malaysia 13 Julai 2011 Bkt Jalil

Lawatan sambil belajar Arsenal ke Malaysia pasti akan diadakan pada 13 Julai akan datang....Memang betul Arsenal buat lawatan ke Malaysia, yang belajarnya adalah Malaysia. Beruntung tu dapat main dengan player taraf dunia seperti Cesc Febregas, Samir Nasri, Robin ver Persie, Jack Wilshere, Theo Walcott dan ramai lagi. Sedikit info bagi mereka yang berminat menonton perlawanan persahabatan ini di Stadium Bukit Jalil. Harga tiket terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM388, RM108, RM68 dan RM58. Ianya boleh diperolehi dari outlet Nike terpilih seluruh negara sebagaimana di bawah ini. Juga boleh dibeli online melalui(http://www.ticketpro.com.my) atau telepon 03-7880 7999.



Abramovich...tak cukup la..aku nak £44 juta

javier pastore

Chelsea dan Man City perlu membayar £44 juta sekiranya ingin mendapatkan pemain antarabangsa Argentina dan playmaker Palermo Javier Pastore yang berusia 21 tahun. Dia kini menjadi buruan kelab-kelab ternama dunia antaranya Man City, Chelsea dan kelab Spanyol selepas bermain cemerlang bersama kelabnya. Chelsea telah mengemukakan tawaran tetapi ianya tidak mencapai apa yang diharapkan oleh Palermo. Inilah kata-kata President Palermo Maurizio Zamparini berkenaan tawaran Chelsea.

logo
“Chelsea was a club that we had a major offer from for Pastore but it did not reach the minimum figure that we set for a player of his quality” 

“If someone wants to buy Pastore, the price is £44m.

“There are five or six clubs also interested, including Man City and big clubs from Spain and Italy but so far there has been nothing from them.”

Komen Daddy
£44 juta? Star sangat ke dia ni? Cristiano Ronaldo yang dah memang power tu pun cuma £50 juta.. Berbaloi ke dengan £44 juta... Kita lihat je la dapat jual ke x si Javier Pastore ni...

Fakta
Merupakan pemenang Serie A Young Footballer of the Year 2010

Sumber : Cleansheetallround.co.uk

Van Nistelrooy kembali ke La Liga

MALAGA FC...itulah pilihan Ruud Van Nistelrooy sebelum menggantung but. Van Nistelrooy, 34 merupakan bekas pemain PSV Eindhoven , MU dan Real Madrid menerima tawaran bemain bersama kelab Spanyol dengan kontrak selama setahun. Ini juga menamatkan dan mengecewakan banyak kelab yang juga menagih khidmatnya. Inilah kata-kata Van Nistelrooy selepas menerima tawaran Malaga ini

"Throughout my career I have been with many clubs and have shared a dressing room with world-class players. I feel very proud and happy to be here,"


Rutgerus Johannes Martinus van Nistelrooy / 1 Julau 1976


 
Malaga, sebuah kelab pertengahan yang menamatkan musim 2010/2011 di kedudukan ke 11 La Liga telah diambilalih oleh Abdullah bin Nasser bin Abdullah A Ahmed A Thani, keluarga diraja Qatar dengan harga 36 juta. Beberapa pemain ternama telah menyertai kelab ini sejak diambilalih seperti Julio Baptista dan pemain antarabangsa Argentina Martin Demichelis.


Fakta
Van Nistelrooy telah menyumbat 34 gol untuk negaranya dan bersama 3 kelab utama dunia memenangi kejuaraan liga masing-masing iaitu PSV Eindhoven, Manchester United dan Real Madrid. Dia juga telah menjaringkan 95 gol daripada 137 perlawanan (2001-2006) ketika bersama MU.

Sumber : BBC Sport & footballfashion.com 

Chelsea vs Malaysia XI - Tiket dah mula dijual


Malaysia, Thailand dan Hong Kong....3 Negara menjadi pilihan kelab Chelsea  dalam siri Asia Tour 2011. Chelsea akan bertemu Pilihan Malaysia dan Pilihan Thailand pada 21 dan 24 Julai. Manakala 27 dan 30 Julai pula Chelsea akan bermain di dalam kejohanan Barclay Asia Trophy 2011 yang membabitkan kelab Aston Villa, Blackburn dan juara Liga Hong Kong, Kitchee.

Perlawanan persahabatan Chelsea vs Pilihan Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Tiket telah dijual sejak 20 Mei 2011 di kedai sukan Adidas terpilih di seluruh negara iaitu sebagaimana di bawah:
·   Adidas KLCC SP- Lot 310-311, 3rd Floor, Suria KLCC , Kuala Lumpur City Centre
·   Adidas Pavilion SP - Lot 5.01.01, Level 5, Pavilion KL, 168, Jln Bkt. Bintang
·   Adidas thegarden SP - Lot T-220, 3rd Floor, The Gardens, Midvalley City, Lingkaran Syed Putra
·   Adidas-Empire Subang - Lot UG23 & UG 23A, Upper Ground Floor, Empire Subang Gallery
Setiap pembelian tiket di empat kedai di atas akan menerima Pas Latihan Ekslusif secara percuma iaitu melihat latihan kelab Chelsea berlatih di dalam stadium. Tempat adalah terhad.
Tiket juga boleh diperolehi melalui online bermula pada 30 Mei 2011 melalui Ticketpro (www.ticketpro.com.my), Ticketpro outlet (http://www.ticketpro.com.my/jnp/ticket-outlets/index.html) atau menelefon Ticketpro Hotline (+603 7880 7999).

Harga tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu RM388, RM108, RM68 and RM58.

31/05/2011

Xclusif : Luka Modric tak nak pi mana-mana.....

 

Luka Modric yang menjadi target MU dan Chelsea telah memberitahu bahawa dia akan kekal di White Spurs. Ini perbualan sebelum perlawanan kelayakan Euro 2012 antara Croatia menentang Georgia.

"Everybody wants to know what will happen with me.
I'm trying to stay calm, as my national team has a really important match coming.
So I will tell you the same as always - my club status is the same as it was before.
That doesn't mean that I'm bothered with leaving Tottenham.
I'm not thinking about that every hour and every minute."
I'm happy at White Hart Lane - my status is great, the fans like me and I do have everything I need.
But then again, when you experience playing in the Champions League, you want to keep playing in this tournament."

Komen Daddy
Agak agak ada lagi tak harapan MU dan Chelsea? Rasanya ada sebab Redknapp ada bagitahu kalau tawaran ok..boleh runding lagi....dah macam nak beli sofa rumah pulak

Sumber : BBC.co.uk

Modric..Modric...Bidaan bermula dengan £20 juta. MU? Chelsea?

Sir Alex Ferguson tengah pening kepala selepas final CL Sabtu lepas. Sebab apa? Besar sangat jurang antara MU dengan Barca. Hari ni Ferguson dia sedaya upaya akan memastikan pemain midfield idamannya Luka Modric akan bermain di Old Trafford. Dia akan memulakan tawaran dengan £20 juta. Tapi kena ingat bukan MU sorang je yang minat......Chelsea juga sudah memasang angan-angan untuk dapatkannya. So rasanya Spurs akan tunggu berapa juta Chelsea nak bagi.. Berita daripada MirrorFootball juga memaklumkan Spurs hanya akan melepaskan Modric sekiranya mendapat tawaran antara £20 juta - £25 juta. ...............Kita tunggu je la selepas ini...
 Luka Modric Luka Modric of Spurs is pusued by David Luiz of Chelsea during the Barclays Premier League match between Chelsea and Tottenham Hotspur at Stamford Bridge on April 30, 2011 in London, England.
Luka Modric / 9 Sept 1985 / Croatia / Midfield

Sumber : manutd.com, 7msport.com

Pra Musim : Newcastle juga ke US

Satu lagi kelab juga akan berangkat ke US..tapi pegi lambat sikit and balik awal sikit compare dengan MU. Ianya dikenali sebagai Stateside Tour oleh kelab Newcastle. 3 pelawanan telah diatur melibatkan kelab MLS iaitu Sporting Kansas City, Orlando City dan Colombus Crew.



Sumber : nufc.co.uk

30/05/2011

Pra Musim : MU Tour 2011 ke USA......

Semua liga di Eropah dah menamatkan perlawanan terakhir masing-masing. Juara setiap liga pun dah tau. Kelab mana turun liga pun dah tau...Siapa penjaring terbanyak pun dah tau....So sekarang masa untuk membeli belah bagi mengautkan mana yang lemah...dan ada juga masih belum ada pengurus..so pandai-pandai la mengurus kelab tu....Sekarang ni semua kelab sibuk pi melancong satu dunia..kita mulakan dengan MU dahulu...Pi US..5 perlawanan termasuk repeat final Champion League menentang Barcelona pada 30 Julai nanti.


Sumber : manutd.com

Arsenal Player of the Season 2010/2011

Adalah saya diberi tanggungjawab untuk mengistiharkan bahawa undian telah ditutup bagi memilih Player of the season untuk kelab Arsenal bagi musim 2010/2011. Hasil daripada undian di Arsenal.com...para peminat tanpa berbelah bagi telah memilih......


 Sumber : Arsenal.com

29/05/2011

Spurs, Chelsea @ MU? Siapa pilihan hati Modric....

Kenal Luka Modric? Dia ni player Spurs, main midfield. Sekarang ni menjadi buruan Stamford Bridge dan juga Old Trafford. Kedua-dua kelab ni sanggup naikkan gaji Modric ni sebanyak 3 kali ganda. Banyak tu...Bayangkan sekarang ni dia dapat £45,000 seminggu. musim depan naik gaji kepada £130,000 seminggu. Beza £85,000.... Macam-macam leh beli tu. Selain tu Modric ni juga nak main lagi kat Champions League tapi kalau dengan Spurs lagi, dia tak dapat main sebab Spurs gagal layak pada musim depan.
Pemilik Spurs Daniel Levy terpaksa mengubah struktur gaji di Spurs bagi menggelakkan pemain berusia 25 tahun ini keluar dari White Hart Lane. tetapi mampu ke Spurs tawarkan lebih baik daripada MU dan Chelsea. Dengar ceritanya nilai perpindahan menjangkau £30 juta.
Luka Modric / 9 Sept 1985 / Croatia / Midfield

Komen Daddy...
Pengganti kepada Lampard di Chelsea atau Scholes di MU.... Bayangkan pengaruh dia....

Fakta
Mewakili Croatia pada usia 21 tahun

Sumber : Goal.com

Playmaker Marseille pengganti Arshavin & Rosicky

Seorang lagi pemain yang diminati oleh Arsene Wenger bagi menggantikan tempat Andrey Arshavin atau Tomas Rosicky sekiranya kedua-dua pemain ini melangkah keluar daripada Emirates. Playmaker Olympique Marseille, Mathieu Valbuena. Wenger juga dah mengarahkan barisan scout nya melihat potensi pemain ini. Pemain ini juga menjadi buruan MU.

Mathieu Valbuena / 29 Sept 1984 / Perancis / Midfield

Komen Daddy.....
Seorang lagi pemain antarabangsa Perancis yang mempunyai kelebihan dribbling yang sangat memukau. Arsenal sangat beruntung sekiranya dapat memiliki khidmat dia.

Fakta
Telah mewakili Perancis sebanyak 7 kali dengan menjaringkan 2 gol.

Sumber : tribalfootball.com

Achille Emana menjadi buruan Newcastle


Satu lagi berita yang baru diperolehi.....midfield Real Betis, Achille Emana menjadi buruan kelab EPL antaranya Everton, Tottenham, Birmingham, West Ham, Wigan dan juga Newcastle. Tetapi paling ketara adalah Newcastle yang telah membuat penilaian harga pemain antarabangsa Cameroon tidak melebihi €4.5 juta. Betis pula mengatakan pemain ini mempunyai nilaian lebih tinggi iaitu €7 juta. So berapa harga persetujuan yang diterima oleh Real Betis....





Achille Emana Edzimbi / 5 Jun 1982 / Cameroon / Attacking midfielder

Komen Daddy.....
Semakin ramai la pemain kulit hitam di EPL... semakin tenggalam pemain kulit putih

Fakta
Hampir menyertai kelab EPL, Portsmouth tetapi gagal disebab dia gagal mendapat permit kerja.

28/05/2011

Statistik Barca vs MU

Sedikit statistik berkaitan dengan final Champion League antara MU dengan Barca.

BarcelonaMan. United
                          3 - 1


 Pedro Rodriguez 27'                                           Rooney 34'
                Messi 54'
                                            Villa 69'
                      
                            12          Attempts on target          1
                              4          Attempts off target          2
                              6                  Corners                   0
                      38' 54''          Possession (time)         22' 11''
                            63             Possession (%)           37
                              5           Fouls committed           16
                              2             Yellow cards                2
                              0               Red cards                  0

Komen Daddy
Nape possession (%) beza sangat....ni kan final, bukan peringkat kumpulan...patutnya seimbang.  Lagi satu banyak betul MU langgar lampu merah sampai 16 kali.....pape pon, tahniah kat kedua dua kelab dah sampai final... 

Sumber : uefa.com

James McCarthy pi join Liverpool...90% completed. Betul ke?

Goal.com melaporkan James McCarthy dah '90% done' akan join Liverpool. Kenny Dalglish & Damien Comolli percaya malah difahamkan McCarthy juga bersemangat nak main kat Anfield.
Difahamkan juga persaingan hanya melibatkan antara Chelsea & Liverpool sahaja. Tetapi beratnya ke arah Anfield berbanding Stamford Bridge.
“It is 90 per cent done, all sides now seem to accept it is going to happen and it’s a matter of everyone trying to get the best deal,”


Komen daddy....
Emmmmmmm....kalau Liverpool dah sampai 90%, Chelsea pulak dah berapa %?

Sumber : Goal.com

Newcastle hadapi cabaran Arsenal & Liverpool untuk dapatkan Gervinho....

Newcastle telah membuat tawaran untuk mendapatkan bintang kelab Lille OSC, Gervinho dengan nilai £15 juta. Pengurus Alan Pardew berharap keputusan dapat diketahui pada minggu hadapan. Walau bagaimanapun, Newcastle perlu berhadapan dengan Arsenal dan Liverpool yang juga berminat.
Gervinho pula memaklumkan bahawa semua keputusan berkaitan dengan masa depannya hanya akan diketahui selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Afrika antara Ivory Coast dengan Benin pada 5 Jun.

Gervais shane Yao Kouassi / 27 Mei 1987


Sumber : Daily Mail UK.

Ashley Young semakin hampir ke MU

Nani, Antonio Valencia dan Park Ji Sung semakin sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama MU dengan kemungkinan kehadiran Ashley Yong dari Aston Villa. Perpindahan dijangka bernilai £15 juta hampir dimuktamadkan dalam beberapa hari lagi. Ini menjadikan ianya perpindahan kedua pemain ke MU selepas David De Gea, goalkeeper Atletico Madrid yang akan ke Old Trafford dalam masa beberapa minggu lagi. Semuanya hanya  menunggu hari sahaja dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak MU sendiri.

Ashley Simon Young / 9 July 1985 / Stevenage, England
2003 - 2007  Watford    (Main 111x  Gol 22   Assist 19)
2007             Aston Villa (Main 188x  Gol 37   Assist 54)

Fakta
Aston Villa telah membayar Watford sebanyak £9.65 juta bagi mendapatkan Ashley Young.

Sumber : tribalfootball.com




Mampukan £23 juta membawa Neymar ke Stamford Bridge?

£23 juta. Itu nilai Neymar, bintang Santos yang gagal dibawa ke Stamford Bridge oleh Roman Abramovich pada musim lepas. The Sun melaporkan bahawa The Blues gagal pada musim lepas selepas tawaran £19juta ditolak oleh Santos. Abramovich menjadikan bintang Santos berumur 19 tahun ini sebagai tugasan utama dan sanggup berbincang secara peribadi bagi membawa Neymar ke London. Sumber Chelsea melaporkan "Roman is ready to get personally involved to clinch the signing of Neymar.  He's aiming to talk with him next month to prove how much he is wanted."

Neymar da Silva Santos Júnior / 5 Feb 1992 / Mogi das Cruzes, Brazil 
Fakta
Pada usia 19 tahun, dia telah bermain sebanyak 132 perlawanan dan menjaringkan 65 gol.



Sumber : thesun.co.uk

Guardiola berhenti jadi bos Barcelona selepas perlawanan hari ini?....harapan Chelsea

Lagenda Barcelona Johan Cruyff menjangkakan Pep Guardiola akan menyertai Chelsea selepas perlawanan akhir Liga Juara-juara. Maksudnya dia tak nak stay terus kat London lepas habis lawan MU. Walau bagaimanapun, bos Barca itu cuba untuk memberi apa-apa komen.
Dia ada bagitau"This is not the day to talk about that. We have worked an enormous amount of time to get here and it is a privilege to be here, so let's not talk about anything else. Leaving? Let's leave that for another time. The important thing is the club, no matter who the coach might be."
 
Josep Guardiola i Sala / 40 tahun

Fakta
Mewakili 5 kelab sepanjang kariernya sebagai pemain. Barcelona, Brescia, Roma, Al Ahli dan Dorados.

Sumber : www.tribalfootball.com

27/05/2011

Andrey Arshavin kekal di Arsenal?

Confirm....Andrey Arshavin kekal di Arsenal walaupun mereka gagal dalam mencapai apa-apa kejuaraan dalam musin ini. Kelab lamanya Zenit St Petersburg juga membuka pintu sekiranya Arshavin ingin kembali. Beberapa kelab dari Spanyol dan Itali juga berminat untuk membelinya. 
Tetapi dia berkata ‘Don’t believe the rumours. Everything is good with (manager) Arsene Wenger. I’m not going to leave Arsenal...............Compared to last year we dropped from third to fourth place in the championship..........We were in the League Cup final, which we should have won. So you have to admit the season was a failure'

Andrei Sergeyevich Arshavin / 29 Mei 1981 / Leningrad, Rusia / Forward

2000 - 2008     Zenit St Petersburg   (Main 308x   Gol 76)
2009 -              Arsenal                     (Main 104x   Gol 28)

Fakta
Arshavin hampir tak jadi berpindah ke Arsenal pada 2009 disebabkan keputusan perbincangan yang hampir gagal memuktamadkan terma dan syarat perpindahan. Keputusan hanya diperolehi kurang dari 1 jam dari masa diberikan oleh FA England.

Arsenal, Chelsea & Liverpool berebut James McCarthy.... Yang mana satu?

Scottish Sun melaporkan bahawa McCarthy menjadi tumpuan 3 kelab utama EPL ini. Nilai tawaran mampu mencecah £12 juta. Beruntung betul Wigan Athletic...dia ni hanya bernilai £1.2 juta masa dibeli daripada Hamilton Accies 2 tahun lepas. Liverpool juga dilaporkan telah bersedia untuk membuat tawaran lebih daripada £10 juta. Arsenal dan Chelsea dijangka akan membuat tawaran dalam masa terdekat....Nampak gaya beruntung besar Wigan kali ni....
James McCarthy James McCarthy of Wigan battles with Matthew Taylor of Bolton during the Barclays Premier League Match between Wigan Athletic and Bolton Wanderers at DW Stadium on February 17, 2010 in Wigan, England.
 James McCarthy / 12 November 1990 / Glasgow Scotland / Midfield

2006 -2009   Hamilton  (Main 109x  Gol 15)
2009 -           Wigan      (Main 51x  Gol 5)

Fakta
Walaupun lahir di Glasgow, Scotland namun dia mewakili Republik Ireland.

Arsenal & Tottenham Berebut Radamel Falcao. Beruntung ke dapat dia ni?

Agen Radamel Falcao,  Claudio Mossi dari Sivori & Asociados Group memaklumkan bahawa Tottenham dan Arsenal sanggup berhabis £26 juta untuk bayaran pelepasan kontrak daripada Porto. Satu sumber juga memaklumkan bahawa dia ingin meneruskan kariernya bersama Porto dan pengurus Andre Villas-Boas. Namun Mossi memaklumkan ianya merupakan satu daripada pilihan kepadanya. 'He is very happy at Porto,' 'There he can play the Champions next year. The problem is that every day he is linked with other clubs' kata Mossi.

Betul-betul berbelanja kedua-dua pasukan ini. Ke mana hilangnya sifat berjimat cermat Wenger? Pelik tapi adakah benar......


Radamel Falcao García Zárate / 10 Februari 1986 / Santa Marta, Colombia

2005 - 2009     River Plate  (Main 109x  Gol 45)
2009 -              Porto          (Main 85x  Gol 73)

Fakta
Memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dalam satu musim di dalam Liga Eropah dengan menjaringkan 17 gol. Ianya memecahkan rekod yang dipegang oleh Jurgen Klinsmann yang telah bertahan selama 15 tahun.

Klose akhiri karier bersama kelab EPL?

Akhbar Jerman, bild.de melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman Miroslav Klose, 32 akan meninggalkan Bayern Munich. Ehh...betul ke? kenapa? Perancangan membina semula pasukan di bawah pengurusan baru Jupp Heynckes memungkinkan beberapa pemain terpaksa atau dipaksa meninggalkan pasukan.
Sekiranya dia terpaksa meninggalkan Bavarian, banyak kelab sangat berminat untuk menagih khidmatnya. Antara yang disebut-sebut....Valencia, Juventus dan juga kelan EPL Everton, Totenham dan Norwich. Tetapi awal-awal Paul Lambert menyatakan Norwich tak berminat untuk meneruskan niatnya.
Pada usia 32 tahun sekarang, dia akan menamatkan karier bolasepaknya di EPL sekiranya dia memilih Everton atau Totenham sekarang. Kita nantikan sahaja keputusan Klose untuk masa depan dia....

Miroslav Josef Klose / 9 Jun 1978 / Opole, Poland

1999 - 2004     Kaiserslautern    (Main 148x  Gol 52)
2004 - 2007     Warder Bremen (Main 132x  Gol 63) 
2007 -              Bayern Munich  (Main 149x  Gol 52)

Fakta
Klose merupakan pemenang Golden Boot di Piala Dunia 2006. Telah menjaringkan 228 gol sepanjang kariernya bersama kelab dan negaranya.

Stewart Downing pengganti ideal Samir Nasri? Ye ke?

Laporan Daily Mail mengatakan Arsenal telah memaksa Nasri untuk membuat keputusan tentang masa depannya dengan kadar segera selepas pemain midfield Aston Villa, Stewart Downing menyatakan hasrat untuk keluar dari Villa.

Arsene Wenger telah mengenalpasti Downing sebagai pengganti paling sesuai sekiranya Nasri tidak menyambung kontrak bersama Arsenal. Apakah jawapan teka teki ini.......

Fakta
Samir Nasri mengikat kontrak selama 4 tahun bersama Arsenal bermula pada tahun 2008 dan akan tamat pada 2012.

Tevez tolak tawaran mega dari Juventus

Carlos Tevez tolak tawaran mega dari Juventus untuk kekal di Manchester City. Sumber Sportmail mengatakan nilai tawaran mencecah £20 juta setahun termasuk bonus.Dia juga dijangka akan mengetuai City untuk bermain di dalam cabaran Champion League musim depan. Tapi betul ke? Banyak lagi persoalan yang belum terjawab yang masih di dalam pemikiran si Tevez ini....hanya dia sahaja yang tahu apa yang sebenarnya dia nak.......

Carlos Alberto Tévez / 5 February 1984 / Buenos Aires, Argentina

2001-2005   Boca Junior              Main 75x   Gol 26
2005-2006   Corithian                  Main 47x   Gol 31
2006-2007   West Ham                Main 29x   Gol 7
2007-2009    Manchester United   Main 99x   Gol 34
2009-            Manchester City       Main 81x   Gol 52

Fakta
Tevez telah bermain sebanyak 58 perlawanan untuk Argentina namun hanya 12 gol sahaja berjaya disumbangkan.

26/05/2011

Liverpool & Tottenham berebut Brad Friedel. Sape plak yang dapat ni?

Percubaan Liverpool untuk mendapatkan goalkeeper Aston Villa, Brad Friedel kini mendapat persaingan daripada Totenham sebagaimana laporan daripada Press Association Sport. Pengurus Spurs yang masih bengang dengan prestasi goalkeeper Spurs Heurelho Gomes yang tak menentu sepanjang musim lepas.

Sakit kepada Fridel nak pilih antara kedua-dua kelab ini. Dia yang berusia 39 tahun telah tamat kontrak bersama Villa namun berminat untuk meneruskan khidmat bersama kelab lamanya ini. Tawaran yang diberikan Redknapp hanya untuk setahun tetapi confirm jadi pilihan utama pasukan. Liverpool pula tawarkan kontrak 2 tahun termasuk tawaran menjadi jurulatih tetapi dia menjadi pilihan kedua pasukan selepas Pepe Reina. Pening...pening...pening...

Dengar dengar cerita...West Brom pun minat juga dengan Friedel tapi senyap je.


Bradley Howard Friedel / 18 May 1971 / Ohio, US
1995-1996   Galatasaray         Main 30x
1996-1997   Colombus Crew  Main 38x
1997-2000   Liverpool            Main 25x
2000-2008   Blackburn           Main 287x
2008-           Aston Villa          Main 113x



Nasri diambang perpindahan ke MU?

Samir Nasri yang masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Betul ke? Ini akan menjadi satu lagi perpindahan bertaraf 5 bintang kalau betul-betul berlaku. Pemain antarabangsa Perancis ini yang masih mempunyai kontrak selama setahun dan telah diberi amaran oleh bosnya, Arsene Wenger untuk menandatangani kontrak atau akan dijual. Media Perancis, L'Equipe pula mengatakan bos MU, Sir Alex Ferguson telah bersiap sedia untuk membawanya ke Old Trafford sebagai pengganti kepada Paul Scholes yang berkemungkinan menggantung boot selepas final Liga Juara-juara. So jual atau tak bergantung kepada ayat power Arsene Wenger..............


Samir Nasri / 26 Jun 1987 / Marseille, Perancis
2004-2008 Marseille (Main 121x; Gol 11)
2008-         Arsenal (Main 84x; Gol 18)

MU masih berpeluang miliki Alexis Sanchez

MU berpeluang memiliki bintang Udinese, Alexis Sanchez selepas perbincangan antara Inter Milan dan Udinese menemui jalan buntu. Media utama Italy, Mediaset melaporkan bahawa Supremo Udinese Gino Pozzo telah didesak menangguhkan keputusan jualan Sanchez sehingga selepas tamat Liga Juara-juara. Bintang muda dari Chile ini semakin digilai kelab-kelab ternama. Nilai perpindahan juga dijangka semakin naik. Selain MU, Inter Milan dan Manchester City juga menunggu kata putus dari Udinese. mari kita lihat...sape yang dapat...


Nama penuh : Alexis Alejandro Sánchez Sánchez
DOB            : 19/12/1988
POB            : Tocopilla, Chile

2005-2006 : Cobreloa                    Main 50x    Gol 9
2006          : Udinese                     
2007          : Colo colo (pinjaman)  Main 48x    Gol 9
2008          : River Plate (pinjaman)Main 31x    Gol 4
2008          : Udinese                     Main 108x   Gol 21

Fakta
Selepas Piala Dunia 2010, Udinese telah menolak tawaran €20 juta dari kelab Turki, Galatasaray untuk memiliki Sanchez.