Akhbar Jerman, bild.de melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman Miroslav Klose, 32 akan meninggalkan Bayern Munich. Ehh...betul ke? kenapa? Perancangan membina semula pasukan di bawah pengurusan baru Jupp Heynckes memungkinkan beberapa pemain terpaksa atau dipaksa meninggalkan pasukan.
Sekiranya dia terpaksa meninggalkan Bavarian, banyak kelab sangat berminat untuk menagih khidmatnya. Antara yang disebut-sebut....Valencia, Juventus dan juga kelan EPL Everton, Totenham dan Norwich. Tetapi awal-awal Paul Lambert menyatakan Norwich tak berminat untuk meneruskan niatnya.
Pada usia 32 tahun sekarang, dia akan menamatkan karier bolasepaknya di EPL sekiranya dia memilih Everton atau Totenham sekarang. Kita nantikan sahaja keputusan Klose untuk masa depan dia....
Miroslav Josef Klose / 9 Jun 1978 / Opole, Poland
1999 - 2004 Kaiserslautern (Main 148x Gol 52)
2004 - 2007 Warder Bremen (Main 132x Gol 63)
2007 - Bayern Munich (Main 149x Gol 52)
Fakta
Klose merupakan pemenang Golden Boot di Piala Dunia 2006. Telah menjaringkan 228 gol sepanjang kariernya bersama kelab dan negaranya.
No comments:
Post a Comment