26/05/2011

Liverpool & Tottenham berebut Brad Friedel. Sape plak yang dapat ni?

Percubaan Liverpool untuk mendapatkan goalkeeper Aston Villa, Brad Friedel kini mendapat persaingan daripada Totenham sebagaimana laporan daripada Press Association Sport. Pengurus Spurs yang masih bengang dengan prestasi goalkeeper Spurs Heurelho Gomes yang tak menentu sepanjang musim lepas.

Sakit kepada Fridel nak pilih antara kedua-dua kelab ini. Dia yang berusia 39 tahun telah tamat kontrak bersama Villa namun berminat untuk meneruskan khidmat bersama kelab lamanya ini. Tawaran yang diberikan Redknapp hanya untuk setahun tetapi confirm jadi pilihan utama pasukan. Liverpool pula tawarkan kontrak 2 tahun termasuk tawaran menjadi jurulatih tetapi dia menjadi pilihan kedua pasukan selepas Pepe Reina. Pening...pening...pening...

Dengar dengar cerita...West Brom pun minat juga dengan Friedel tapi senyap je.


Bradley Howard Friedel / 18 May 1971 / Ohio, US
1995-1996   Galatasaray         Main 30x
1996-1997   Colombus Crew  Main 38x
1997-2000   Liverpool            Main 25x
2000-2008   Blackburn           Main 287x
2008-           Aston Villa          Main 113x



No comments:

Post a Comment