26/05/2011

Nasri diambang perpindahan ke MU?

Samir Nasri yang masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Betul ke? Ini akan menjadi satu lagi perpindahan bertaraf 5 bintang kalau betul-betul berlaku. Pemain antarabangsa Perancis ini yang masih mempunyai kontrak selama setahun dan telah diberi amaran oleh bosnya, Arsene Wenger untuk menandatangani kontrak atau akan dijual. Media Perancis, L'Equipe pula mengatakan bos MU, Sir Alex Ferguson telah bersiap sedia untuk membawanya ke Old Trafford sebagai pengganti kepada Paul Scholes yang berkemungkinan menggantung boot selepas final Liga Juara-juara. So jual atau tak bergantung kepada ayat power Arsene Wenger..............


Samir Nasri / 26 Jun 1987 / Marseille, Perancis
2004-2008 Marseille (Main 121x; Gol 11)
2008-         Arsenal (Main 84x; Gol 18)

No comments:

Post a Comment