03/06/2011

Chelsea vs Malaysia XI - Tiket dah mula dijual


Malaysia, Thailand dan Hong Kong....3 Negara menjadi pilihan kelab Chelsea  dalam siri Asia Tour 2011. Chelsea akan bertemu Pilihan Malaysia dan Pilihan Thailand pada 21 dan 24 Julai. Manakala 27 dan 30 Julai pula Chelsea akan bermain di dalam kejohanan Barclay Asia Trophy 2011 yang membabitkan kelab Aston Villa, Blackburn dan juara Liga Hong Kong, Kitchee.

Perlawanan persahabatan Chelsea vs Pilihan Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Tiket telah dijual sejak 20 Mei 2011 di kedai sukan Adidas terpilih di seluruh negara iaitu sebagaimana di bawah:
·   Adidas KLCC SP- Lot 310-311, 3rd Floor, Suria KLCC , Kuala Lumpur City Centre
·   Adidas Pavilion SP - Lot 5.01.01, Level 5, Pavilion KL, 168, Jln Bkt. Bintang
·   Adidas thegarden SP - Lot T-220, 3rd Floor, The Gardens, Midvalley City, Lingkaran Syed Putra
·   Adidas-Empire Subang - Lot UG23 & UG 23A, Upper Ground Floor, Empire Subang Gallery
Setiap pembelian tiket di empat kedai di atas akan menerima Pas Latihan Ekslusif secara percuma iaitu melihat latihan kelab Chelsea berlatih di dalam stadium. Tempat adalah terhad.
Tiket juga boleh diperolehi melalui online bermula pada 30 Mei 2011 melalui Ticketpro (www.ticketpro.com.my), Ticketpro outlet (http://www.ticketpro.com.my/jnp/ticket-outlets/index.html) atau menelefon Ticketpro Hotline (+603 7880 7999).

Harga tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu RM388, RM108, RM68 and RM58.

No comments:

Post a Comment