03/06/2011

Van Nistelrooy kembali ke La Liga

MALAGA FC...itulah pilihan Ruud Van Nistelrooy sebelum menggantung but. Van Nistelrooy, 34 merupakan bekas pemain PSV Eindhoven , MU dan Real Madrid menerima tawaran bemain bersama kelab Spanyol dengan kontrak selama setahun. Ini juga menamatkan dan mengecewakan banyak kelab yang juga menagih khidmatnya. Inilah kata-kata Van Nistelrooy selepas menerima tawaran Malaga ini

"Throughout my career I have been with many clubs and have shared a dressing room with world-class players. I feel very proud and happy to be here,"


Rutgerus Johannes Martinus van Nistelrooy / 1 Julau 1976


 
Malaga, sebuah kelab pertengahan yang menamatkan musim 2010/2011 di kedudukan ke 11 La Liga telah diambilalih oleh Abdullah bin Nasser bin Abdullah A Ahmed A Thani, keluarga diraja Qatar dengan harga 36 juta. Beberapa pemain ternama telah menyertai kelab ini sejak diambilalih seperti Julio Baptista dan pemain antarabangsa Argentina Martin Demichelis.


Fakta
Van Nistelrooy telah menyumbat 34 gol untuk negaranya dan bersama 3 kelab utama dunia memenangi kejuaraan liga masing-masing iaitu PSV Eindhoven, Manchester United dan Real Madrid. Dia juga telah menjaringkan 95 gol daripada 137 perlawanan (2001-2006) ketika bersama MU.

Sumber : BBC Sport & footballfashion.com 

No comments:

Post a Comment